Thursday, July 31, 2014

7:12 PM


Penggunaan pistol angin untuk suka-suka menyebabkan tiga lelaki ditahan berhubung kejadian tembak pistol angin di Jalan Jugra di hadapan Taman Banting Baru, di sini, kelmarin. Menurut laporan polis, kesemua individu berusia lingkungan 25 hingga 34 tahun melakukan perbuatan menembak hanya untuk 'suka-suka' hingga mengakibatkan seorang kerani sekolah berusia 31 tahun cedera di bahagian kepala sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.54 petang kelmarin, seorang lelaki hampir maut apabila terkena peluru pistol angin di kepala ketika berada dalam kereta di bahagian belakang sebelah kiri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata kerana memiliki senjata tanpa lesen,”