Setelah beberapa siri perlawanan yang dilalui oleh Prince Tagoe, nasib pemain ini kini ditangan KAFA..“LULUS ujian kecergasan atau berdepan penyingkiran” Itulah kata dua buat penyerang import Ghana, Prince Tagoe yang sehingga kini masih tidak muncul menyertai latihan bersama The Red Warriors bagi menghadapi saingan Piala Malaysia, bermula 13 Ogos ini.
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tampak seperti sudah hilang sabar dengan karenah dicetuskan pemain yang pernah beraksi dalam kempen Piala Dunia 2010 itu dan menuntutnya segera kembali ke pangkuan pasukan berkenaan.
Malah Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa sendiri tampil dengan nada lebih keras apabila membayangkan kesediaan pihaknya menamatkan kontrak pemain kebangsaan Ghana itu andai berterusan gagal memberi sumbangan bermakna untuk Kelantan.
sumber . sinarharian