Beginilah rupa bentuk Proton Baru 2014 yang dikenali sebagai proton Iriz 2014. Proton dikatakan bakal melancarkan model baru ini dalam jangka masa yang terdekat. Proton baru ini bakal dijana oleh enjin NFE yang merupakan varian terbaru daripada keluarga enjin CAMPRO. 2 versi enjin NFE bersesaran 1.3 liter dan 1.6 liter bakal menjadi nadi utama PCC.
Untuk versi produksi enjin NFE bakal dikenali sebagai VVT kerana ia dilengkapi dengan teknologi tersebut, selain ciri lain seperti Smart Alternator dan Maniverter (Manifold & Catalytic Converter). Secara kasarnya boleh la dikatakan enjin NFE ini adalah versi CFE tanpa pengecas turbo.
Mengenai harganya pula Proton mensasarkan jualan antara lingkungan harga RM40,000 -RM60,000, namun harga sebenar akan diumumkan proton dlm pelancarannya nanti.