Terkini..laporan aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) sesak apabila hampir 1.5 juta kenderaan mula bergerak meninggalkan ibu kota semalam pulang ke kampung meraikan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada Isnin ini.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS berkata, trafik menghala ke utara dilaporkan bergerak perlahan dari Gopeng menuju Simpang Pulai akibat lori terbakar di kilometer 294.4 dan dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar tengah hari semalam.
Para pengguna lebuh raya dinasihatkan mengikut jadual perjalanan yang telah dikeluarkan oleh pihak Plus bagi melicinkan perjalanan balik kampung.Ikuti panduan berikut bagi yang belum memulakan perjalanan. Selamat Menyambut Aidilfitri- Amalkan pemanduan yang berhemah.