Tuesday, February 7, 2017

11:12 PM

Sedar tak sedar kita sebagai pengguna sering ditipu dan diperdayakan oleh tindakan segelintir peniaga yang tidak memikirkan sensitiviti  umat Islam. 

Terbaru KPDNKK Johor telah merampas berus cat disyaki diperbuat daripada bulu babi selain menggunakan logo dan sijil halal palsu hasil pemeriksaan mengejut terhap dua premis menjual barangan rumah atau hardware dekat Larkin.

Turut sama dalam operasi tersebut ialah anggota Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dan beberapa agensi lain.


Berus bulu babi dapat dikenal pasti dari bentuknya yang bercabang.Berikut ciri-ciri berus bulu babi;

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.


Semoga sebagai pengguna yang bijak dan menjaga halal dan haram dapat mengambil perhatian yang serius terhadap isu ini.
Next
This is the most recent post.
Older Post