Setelah Lebih 1,360 Rakyat Palestin yang tidak berdosa dibunuh..Isreal dilihat kini ingin melenyapkan terus Gaza dari peta dunia, apabila seramai 86,000 anggota simpanan tentera Israel dikerah untuk menyertai kempen ketenteraan rejim Zionis ke atas Gaza.
Jumlah itu melibatkan tambahan seramai 16,000 anggota tentera Israel yang dikerah semalam menjadikan jumlah keseluruhan askar simpanan yang terlibat dalam kempen tersebut adalah 86,000 orang. Langkah tersebut dibuat juga ekoran tindakan AS yang bersetuju membekalkan peluru kepada Zionis Israel..
Pertambahan itu juga menunjukkan kempen ketenteraan di Gaza yang ditadbir pergerakan Hamas itu akan diperluaskan lagi selepas lebih 56 askar dan tiga penduduk awam Israel terbunuh.