Tuesday, December 9, 2014


Polis diraja Malaysia menyiarkan gambar 12 orang individu yang dikehendaki dalam insiden perbalahan di Stadium Shah Alam, ketika Malaysia menentang Vietnam tempoh hari. Kumpulan pemuda tersebut dipercayai boleh membantu polis dalam menyiasat kes sekumpulan penyokong Malaysia yang membelasah beberapa orang penyokong Vietnam sehingga mendatangkan kecederaan.

Mereka ini diharapkan menyerah diri di balai polis yang berdekatan dan sesiapa yang boleh membantu diharapkan berhubung dengan ASP Chang Sing Kong (016-773 3336) or ASP Mohd Amirul Abdullah (012-474 8870.)