Wednesday, December 31, 2014


Berita baik untuk pengguna kenderaan di Malaysia, Kerajaan kini menurunkan harga runcit petrol RON95 dan RON97 sebanyak 35 sen seliter bermula 1 Januari 2015. Ini menjadikan Ron95 turun kepada RM1.91 dan Ron 97 RM2.11.
Menurut menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.
Orang ramai pastinya gembira dengan harga baru ini, terutamanya dalam menyambut tahun baru 2015. Bagi penduduk yang terjejas banjir mungkin ianya sedikit meringgankan beban yang ditanggung.