Hari ini masuklah hari keempat rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes ini akan ditangguhkan ke minggu depan iaitu pada Isnin dan Selasa. Kes ini mendapat liputan luas media tempatan dan antarabangsa.
Bagaimanapun Ketua Pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, perbicaraan kes itu pada Isnin depan akan berlangsung separuh hari manakala Selasa pula beliau menjangkakan perbicaraan penuh dapat dilakukan.
Hari keempat pendengaran rayuan akhir Liwat II, Ketua Umum PKR itu bermula jam 9 pagi dengan pihak pendakwaan yang diketuai Muhammad Shafee memulakan hujahan balas.
Muhammad Shafee juga telah membuat hujahan balas pada sebelah pagi berhubung dakwaan pihak pembelaan bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar adalah satu konspirasi.