Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.
Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.
Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.
"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.- bernama
Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun,
ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya
daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.
Mengikut Peraturan Makanan 1985,
tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penjual dan pengeluar
telur jika telur itu disahkan tidak tulen.
Mungkin inilah caranya mereka membuat telur tiruan ini...
Untuk membuat telur putih, pelbagai bahan, termasuk serbuk dan tawas, dicampur bersama
Kuning telur dibentuk pada cetakan bulat. kalsium klorida mengandungi 'Magic air' digunakan.
Mungkin inilah caranya mereka membuat telur tiruan ini...
Untuk membuat telur putih, pelbagai bahan, termasuk serbuk dan tawas, dicampur bersama
Kerang telur dibentuk dengan menuangkan parafin dan lilin cair ke telur,
yang kemudian dibiarkan kering.Agak sukar untuk dibezakan yang mana betul dan palsu