Saturday, April 2, 2011

5:20 AM
1

Ipoh: "Poco-poco" berasal daripada sebuah tarian ritual yang sering dilakukan di Jamaica dan mengandungi unsur kristian serta pemujaan roh, tegaskan mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani berkata, perkataan "poco" dalam beberapa kamus juga disebut sebagai tarian liar yang dilakukan ketika dirasuki oleh "roh nenek moyang".

"Saya meminta beberapa pegawai budaya untuk melakukan kajian dan mereka menemui beberapa penemuan. Gerakan (tarian) berbentuk salib, biasanya mempunyai kaitan dengan agama Kristian, ia dapat dilihat dengan jelas dalam tarian itu namun perkara ini tidak disedari oleh sebahagian besar umat Islam. 
Oleh kerana itu, pendapat yang mengatakan tarian itu sebagai aktiviti senaman tidak boleh diterima. Itulah sebabnya ia haram bagi umat Islam,"  katanya kelmarin.



Harussani, yang baru saja mengumumkan bahawa tarian itu akan dilarang di Perak, berkata beliau juga menerima telefon dari seorang penganut Kristian di Perancis yang mempertikaikan perintah larangan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Perak.

"Ketika saya bertanya kepadanya adakah dia  mahu melakukan tarian yang mempunyai gerak seperti 'gerakan solat, ia menjawab 'Tidak'," kata Harussani, sambil menambah umat Islam boleh melakukan tarian zapin atau joget untuk senaman sebagai ganti.

"Mereka boleh menari dan bersenam selama mana yang mereka inginkan, dengan syarat bahawa lelaki dan perempuan dipisahkan," katanya.

Sebuah daripada Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Perak berkata pihaknya telah membaklumkan kepada Harussani bahawa perkataan "poco-poco" ditemui dalam kamus Jamaica.

“Kami juga memberitahunya dua teori berkenaan asal usul tarian itu, dimana ramai yang menyangka ianya berasal dari Filipina atau Indonesia.


"Kami terangkan bagaimana (gerakan tarian) itu dilakukan, melalui urutan langkah dari kanan ke kiri dan dari belakang ke hadapan," katanya, bagaimanapun ia tidak menerangkan kaitannya tarian itu dengan sebarang agama.

Edisi kedua dari Kamus Bahasa Inggeris Jamaica berkaitan perkataan "poco" tidak membawa banyak makna, ia "mungkin merupakan singkatan dari perkataan pocomania".

"Pocomania", mungkin berasal dari bahasa Afrika, yang menerangkan satu tarian liar yang dilakukan ketika dirasuki oleh "roh nenek moyang" dan mendorong katalepsi, ia juga bererti "menggoncang atau bergetar, atau tarian liar dalam keadaan yang kalut".

Kata "poco-poco" juga boleh digunakan ketika menjawab soalan "Apa khabar?" yang membawa makna "agak baik, tidak terlalu bagus tetapi tidak juga terlalu buruk."

Di Kota Baru, mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengkaji tarian itu dan menambah bahawa masalah ini harus dibincangkan di peringkat persekutuan.

Dia juga menyarankan umat Islam untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa bagi membuat keputusan dan tidak membahaskan masalah tersebut lebih lanjut dikhuatiri jika perbezaan pendapat mereka ini akan menimbulkan perpecahan.