Menteri Besar Selangor dengan Barisan Kabinet
Kemelut di Selangor terjawab dengan Mohamed Azmin Ali, 50, menjadi Menteri Besar Selangor yang menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang terpaksa meletak jawatan selepas hilang kepercayaan mojoriti ADUN Selangor ekoran dipecat keahliannya oleh PKR pada 9 Ogos yang lalu.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah ADUN Pelabuhan Klang turut dipecat kerana tidak mematuhi arahan parti supaya mengosongkan jawatan Menteri Besar bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam pada itu Datuk Seri Anwar enggan memberi komen mengenai perlantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar baru negeri Selangor.
Bagaimanapun Wan Azizah dalam satu kenyataan pula berkata, beliau menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dengan keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Selangor.
Berikut adalah merupakan Senarai baru Exco kerajaan negeri Selangor ;
1.Amirudin Shari (PKR)
2.Daroyah Alwi (PKR)
3.Elizabeth Wong (PKR)
4.Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
5.Ean Yong Hian Wah (DAP)
6.Teng Chang Khim (DAP)
7.V Ganabatirau (DAP)
8.Ahmad Yunus Hairi (PAS)
9.Iskandar Abdul Samad (PAS)
10.Zaidy Abdul Talib (PAS)