Sunday, March 27, 2011

12:07 AM
Gadafi atau nama penuhnya Abu Minyak al-Gadafi...lebih dikenali Kolonel Gaddafi, dilahirkan pada 7 Jun 1942, di dalam khemah masyarakat Badwi di sebuah gurun di Sirte, sebuah bandar Meditterranean, 360 kilometer di timur Tripoli.

Beliau yang lebih sinonim dengan imej rambut lebat, berwajah serius, menduduki tampuk pemerintahan Libya selepas melancarkan rampasan kuasa tentera pada 1 September 1969 dengan menggulingkan Raja Idris. Gaddafi yang ketika itu baru berusia 27 tahun, mewujudkan Republik Arab Libya. Sepanjang tempoh 1970-an hingga 1980-an, kerajaannya dipinggirkan Barat kerana didakwa mengamalkan pelbagai kesalahan, termasuk keganasan dan membunuh pemimpin pembangkang serta mengumpul kekayaan bagi keluarganya.

Kekayaan melimpah ruah dimiliki pemimpin zalim ini dan keluarganya diketahui umum selepas banyak negara di serata dunia mula membekukan aset mereka yang nilainya mencecah berbilion dolar. Kerajaan Amerika Syarikat saja merampas kira-kira AS$30 bilion (kira-kira RM90 bilion) sementara Kanada membekukan RM7.26 bilion, Austria (RM5.14 bilion) dan United Kingdom kira-kira RM3 bilion. Aset yang dibekukan dikatakan hanya sebahagian kecil daripada nilai sebenar harta yang keluarga Gaddafi miliki di serata dunia.